Ramadan tiba membawa keberkatan. Untuk itu Panitia Pend. Islam mengadakan program ini dengan tujuan mendapat berkatnya Ramadan serta menghidupkan rasa rendah diri di bulan mulia ini.
Program ini melibatkan semua murid serta guru-guru dan kakitangan SKUDS. Setiap hari Isnin diadakan KULTIM (Kuliah Tiga Minit) disampaikan oleh murid yang terpilih. Seterusnya setiap rehat akan diadakan Tadarus Al-Quran : Al-Quran Di Hatiku bertempat di Surau SKUDS.
Setiap hari Rabu pula, Kuiz Ramadan akan dibacakan dan mereka dikehendaki menyerahkan jawapan masing-masing pada hari Jumaat.
Insya Allah, pada minggu terakhir sebelum bercuti, Majlis Berbuka Puasa akan diadakan. Antara aktiviti yang bakal diselitkan ialah Khatam Al-Quran oleh Staf SKUDS, Memasak Bubur Lambuk bersama AJK PIBG dan majlis berbuka puasa.
Semoga keberkatan yang dicari dapat mengeratkan silaturrahim antara kita. Tidak kurang juga menginsafi segala kekurangan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Andai ada salah dan silap, lebih baik bermaaf-maafan.
Salam Ramadan Al-Mubarak.