Hari ini, Selasa, murid-murid tahun 6 menghadapi peperiksaan Pra-UPSR sehingga hari Khamis bersamaan 9hb Julai 2015.
Selepas waktu rehat, sekolah dikunjungi oleh Perpustakaan Bergerak Daerah Sandakan. Murid-murid tahun 4 dan 5 diminta mengambil kad pinjaman perpustakaan daripada guru kelas masing-masing.
Murid-murid kelihatan begitu teruja memandangkan inilah kunjungan pertama Perpustakaan Bergerak Daerah Sandakan ke sekolah ini dalam tahun ini.
Membaca Jambatan Ilmu, begitulah yang kita sentiasa war-warkan kepada murid-murid sebagai galakan memperluaskan pengetahuan walaupun sekarang ini kita berada dalam dunia di hujung jari. Selaku manusia, kita sentiasa dicabar dengan ilmu baharu bagi meningkatkan keupayaan serta kecerdasan diri.
Guru-guru juga diberi peluang untuk meminjam buku selama sebulan, kadar jarak kedatangan kali kedua Perpustakaan Bergerak ini ke sekolah ini. Guru-guru boleh meminjam 6 buah buku sekaligus manakala murid-murid hanya dibenarkan meminjam dua buah buku.
Guru-guru sidang petang mengagihkan kad pinjaman perpustakaan kepada murid-murid sidang petang. |
Gembira dengan bahan bacaan yang dipilih. |
Kelihatan guru-guru SKUDS juga berpeluang untuk meminjam bahan bacaan dari Perpustakaan Bergerak ini. |
Murid-murid tahun 6 dibenarkan meminjam setelah selesai menduduki peperiksaan. |
No comments:
Post a Comment