Friday 27 January 2017

Sekitar Minggu Transisi

Murid-murid tahun Satu sesi 2017, disambut dengan hati riang.
Tiada adegan tangis menangis kerana terpaksa berada di sekolah. Ramai di antara mereka merupakan pelajar Prasekolah SKUDS tahun lalu.

Namun begitu, murid-murid Prasekolah untuk tahun ini tidak dapat bersama dalam perhimpunan awal pagi persekolahan. Memandangkan ini merupakan hari pertama mereka bersama guru-guru, mereka berasa sedih ditinggalkan oleh ibubapa. Beri ruang masa dan tempat untuk mereka siap sedia mengikuti perhimpunan.

Untuk hari pertama, murid-murid tahun Satu dibahagikan mengikut kelas masing-masing. Aktiviti berlangsung di dalam kelas masing-masing memandangkan kita tidak mempunyai tempat luas yang sesuai untuk menhimpunkan murid dalam jumlah yang besar sekaligus.

Mereka diperkenalkan dengan guru-guru yang bakal mengajar mereka mengikut subjek. Ramai guru tidak dapat diperkenalkan kerana ada tugasan di kelas. PdP berlangsung.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu transisi berlangsung ialah Mengenal dan Menulis huruf ABC, Mewarna Jalur Gemilang, Mengenali Kawasan Sekolah, Peraturan Sekolah dan Tatacara Perjumpaan di dalam kelas.


















No comments:

Post a Comment