Wednesday 19 April 2017

Penyertaan ke Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Daerah Sandakan








Penganjuran Kejohanan Bolasepak U12 Peringkat Daerah Sandakan






















Hari Keceriaan Peringkat Sekolah

Pada 7hb April 2017, bersamaan hari Jumaat, pihak sekolah SK Ulu Dusun telah mengadakan Hari Keceriaan Peringkat Sekolah.
Fokus keceriaan pada kali ini ialah persekitaran fasiliti bangunan sekolah. Dengan menambah sebanyak mungkin kata-kata penuh motivasi yang boleh dijadikan bahan bacaan santai bagi warganya. Program ini berkesinambungan dengan Kem Membaca 1 Malaysia. 
Salah satu wadah kempen membaca setiap kali kaki melangkah ke perkarangan sekolah.
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) menjadi modus operandi utama bagi mencambahkan rasa ingin membaca dan memperbaiki bacaan secara berulang.
Jika hari ini, pembacaan pelajar tidak selesai, kemungkinan besar esok akan disambung lagi.
Minat membaca itu sendiri seharusnya dipupuk dari kecil lagi. Pembacaan tidak formal membantu murid membaca apa sahaja bahan yang tersedia dan boleh dikongsi bersama rakan lain.

Projek keceriaan merupakan projek serampang dua mata di dalam sekolah. Dalam meningkatkan suasana ceria dan berwarna-warni, ia juga mencambahkan minat warganya untuk membaca.
Bacalah demi masa depanmu.

Friday 27 January 2017

Sekitar Minggu Transisi

Murid-murid tahun Satu sesi 2017, disambut dengan hati riang.
Tiada adegan tangis menangis kerana terpaksa berada di sekolah. Ramai di antara mereka merupakan pelajar Prasekolah SKUDS tahun lalu.

Namun begitu, murid-murid Prasekolah untuk tahun ini tidak dapat bersama dalam perhimpunan awal pagi persekolahan. Memandangkan ini merupakan hari pertama mereka bersama guru-guru, mereka berasa sedih ditinggalkan oleh ibubapa. Beri ruang masa dan tempat untuk mereka siap sedia mengikuti perhimpunan.

Untuk hari pertama, murid-murid tahun Satu dibahagikan mengikut kelas masing-masing. Aktiviti berlangsung di dalam kelas masing-masing memandangkan kita tidak mempunyai tempat luas yang sesuai untuk menhimpunkan murid dalam jumlah yang besar sekaligus.

Mereka diperkenalkan dengan guru-guru yang bakal mengajar mereka mengikut subjek. Ramai guru tidak dapat diperkenalkan kerana ada tugasan di kelas. PdP berlangsung.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu transisi berlangsung ialah Mengenal dan Menulis huruf ABC, Mewarna Jalur Gemilang, Mengenali Kawasan Sekolah, Peraturan Sekolah dan Tatacara Perjumpaan di dalam kelas.