Friday 27 January 2017

Sekitar Minggu Transisi

Murid-murid tahun Satu sesi 2017, disambut dengan hati riang.
Tiada adegan tangis menangis kerana terpaksa berada di sekolah. Ramai di antara mereka merupakan pelajar Prasekolah SKUDS tahun lalu.

Namun begitu, murid-murid Prasekolah untuk tahun ini tidak dapat bersama dalam perhimpunan awal pagi persekolahan. Memandangkan ini merupakan hari pertama mereka bersama guru-guru, mereka berasa sedih ditinggalkan oleh ibubapa. Beri ruang masa dan tempat untuk mereka siap sedia mengikuti perhimpunan.

Untuk hari pertama, murid-murid tahun Satu dibahagikan mengikut kelas masing-masing. Aktiviti berlangsung di dalam kelas masing-masing memandangkan kita tidak mempunyai tempat luas yang sesuai untuk menhimpunkan murid dalam jumlah yang besar sekaligus.

Mereka diperkenalkan dengan guru-guru yang bakal mengajar mereka mengikut subjek. Ramai guru tidak dapat diperkenalkan kerana ada tugasan di kelas. PdP berlangsung.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu transisi berlangsung ialah Mengenal dan Menulis huruf ABC, Mewarna Jalur Gemilang, Mengenali Kawasan Sekolah, Peraturan Sekolah dan Tatacara Perjumpaan di dalam kelas.


















Selamat Tahun Baru!

Mohon maaf kerana sudah lama tak melaporkan.
Mulanya kerana panik, bertukar katalaluan.
Seterusnya, ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Kita mulakan dengan laporan Organisasi Baru untuk sesi persekolahan yang baru.
Pertamanya, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa kita hanya melaksanakan satu sesi persekolahan. Sesi pagi sahaja. Jika dahulu, 2016, kita membuat percubaan secara berperingkat dengan mengadakan sesi pagi buat pelajar-pelajar tahun 1, 4, 5 dan 6 sahaja. Selebihnya berada di sesi petang. Pada tahun 2017, berubah secara keseluruhannya. Semua berada dalam satu sesi sahaja.

Guru Besar : En. Mokhtar Mohd. Neng
Pen. Kanan Pentadbiran dan Kurikulum : En. Azis @ Aziz Pani
Pen. Kanan Ko-Kurikulum : En. Mohd. Misran Mohd. Arfan Salim
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid : Pn. Dolia Gasin
Pen. Kanan Sekolah : Pn. Anih Roseley

Kali ini, kita ada 12 buah kelas. Setiap tahun dibahagi kepada 2 buah kelas. Arif dan Bijak.

Guru Kelas Tahun 1 Arif : En. Faizal Matjudin
Guru Kelas Tahun 1 Bijak : Pn. Asiah Awang Latip

Guru Kelas Tahun 2 Arif : En. Kamal Shyukri Mat Tahir
Guru Kelas Rahun 2 Bijak : Pn. Jimry @ Marnie Sarin

Guru Kelas Tahun 3 Arif : Pn. Muzlina Hj. Muhidin
Guru Kelas Tahun 3 Bijak : Pn. Bachee @ Bachee Murni Sakar

Guru Kelas Tahun 4 Arif : Pn. Nilda Cynthia Martin
Guru Kelas Tahun 4 Bijak : En. Victor George

Guru Kelas Tahun 5 Arif : Pn. Sainah Salam
Guru Kelas Tahun 5 Bijak : Cik Nurfasihah Ibrahim

Guru Kelas Tahun 6 Arif : Pn. Nur Fatin Safiqa Masrial
Guru Kelas Tahun 6 Bijak : Pn. Rahayu Ibrahim










Motto sekolah pada tahun ini, "Menjiwai Tanggungjawab".
Selamat kembali ke sekolah.