Monday 11 April 2016

Isnin pertama di minggu kelima belas.

11hb April 2016, perhimpunan pagi ini tanpa pembesar suara seperti selalu. Ini disebabkan masalah gangguan bekalan elektrik pada waktu tersebut.
Perhimpunan pagi ini dikendalikan oleh adik Manuwiel, selaku pengawas yang bertugas bagi minggu ini.
Setelah nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh adik Mohd. Aiman Bin Yain.
Kemudian di bawah pimpinan adik Janice Jochelle, bacaan ikrar bergema di depan perkarangan Pusat Sumber sekolah.
Sesi Bijak Sifir diketuai oleh adik Nanu Mardiana Martin dengan sifir 6 dan 7.
Adik Andreanna membacakan peribahasa, "Paku sebatang, kuat bunyinya bertalu-talu".
Seterusnya laporan minggu lalu yang disampaikan oleh cikgu Liah Kien Kein. Kehadiran dilaporkan hanya sebanyak 92%. Merosot berbanding minggu-minggu sudah. Ramai murid mohon ke klinik. Sempat cikgu berpesan, jangan nakal bila berada di dalam kelas.
Seterusnya ustaz Zulqurnain memaklumkan berkenaan Pusat Sumber masih dalam keadaan dikemaskini. Diharap pengawas pusat sumber mengambil bakul bahan bacaan untuk dibawa ke kelas bila tiba waktu NILAM. Ustaz juga memberi teguran kepada semua murid agar tidak membawa makanan dan minuman sewaktu berada di Pusat Sumber.
Ustaz mempersilakan Guru Besar yang baharu bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara Bercerita 4 Bahasa.












Kemudian, ustazah Wan Najihah meneruskan aktiviti 1 Perkataan 1 Hari 4 Bahasa dengan mempersilakan adik Kichymo, adik Mohd. Nabil Fahmi, adik Jeckry Sadatu dan adik Mohd. Rifahie. Perkataan untuk hari ini ialah Loceng, Bell, Lunsing dan Jarosun. جرس.
Seterusnya, ucapan daripada Penolong Kanan 1, cikgu Azis@Aziz Pani.
Tidak lupa juga, Guru Besar baharu, cikgu Mokhtar Bin Mohd. Neng menyampaikan 5 amanat penting selaku pelajar di sekolah ini.
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah, SK. Ulu Dusun.


No comments:

Post a Comment