Friday 15 April 2016

Selamat datang, welcome, ahlan wa sahlan!

Seawal jam 8.30 pagi, sekolah didatangi oleh tetamu penting. Datang dari PPD Sandakan, JNJK dan BTP Daerah Sandakan. Terima kasih diucapkan kerana sudi hadir menjenguk kami demi melunasi tuntutan berjadual kalian. SK. Ulu Dusun tercalon dalam senarai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2016.
Kalau kena cara, masa dan pengurusannya, insya Allah adalah rezeki menggunggulinya. Lawatan ini bukan kali pertama bagi PSS SKUDS.  Cuma takhta Juara itu belum layak menjadi milik SKUDS untuk tahun-tahun sebelum ini. Namun begitu, kelemahan dan kekurangan dikoreksi dan ditambahbaik dengan prasarana baru dan dokumentasi yang pelbagai. Terima kasih kepada pihak pemantau atas perkongsian pendapat serta tunjuk ajar yang bermanfaat bagi memantapkan lagi fungsi PSS SKUDS.

"Tak dapat berjalan tegak, mengingsut-ingsut pun sampai juga,"

Semoga segala penat lelah akhirnya berhasil dengan kegembiraan. Untuk itu marilah sama-sama kita berdoa agar yang layak, pasti akan memilikinya.


No comments:

Post a Comment