Wednesday 6 April 2016

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA di SKUDS.

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA di SKUDS.

04hb - 06hb April dimaklumkan sebagai hari pelaksanaan Kem Membaca 1 Malaysia. Pada hari Isnin, 04hb April 2016, semua murid dan guru turut serta dalam menjayakan aktiviti ini. 
Di SKUDS, murid-murid tahap II ditempatkan di semua pondok sekolah.  Manakala murid-murid tahap I pula, hanya dibenarkan membaca di dalam  kelas masing-masing. Ini kerana memudahkan kawalan murid serta  menyemarakkan lagi perlaksanaan kem tersebut. 
Tahun 1A


Tambah kapsyen
Aktiviti kem ini di bawah kendalian ustaz Zulqurnain Ahmad selaku Guru  Perpustakaan dan Media Sekolah. Dengan kiraan 20, murid-murid serentak  memulakan bacaan tepat pada jam 10 pagi. Murid-murid dibekalkan dengan  bahan bacaan dari Pusat Sumber Sekolah. Pelbagai jenis bahan bacaan dapat dikongsi dan dibaca bersama. 
Bagi murid-murid tahap I, bacaan mereka dibimbing oleh guru yang  melaksanakan PdP dalam kelas tersebut. Kempen membaca seperti ini  dapat menggalakkan murid-murid menambah jumlah bacaan mereka dalam  buku NILAM sekaligus mencambahkan minat membaca. 
Tahun 5B

Tahun 5A

Tambah kapsyen





Tahun 4A

Bahan bacaan mereka juga tidak hanya tertumpu kepada Bahasa Malaysia. Malah ada yang membaca buku teks Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Arab.  Syabas anak murid semua!

Warga Membaca Membina Negara.

No comments:

Post a Comment